nuffnang

Ahad, Januari 22, 2012

~posting~


Saat melihat air mata suami bergenang, empangan saya pecah. Airmata yang ditahan-tahan tumpah jua. Allahu akbar. Sedih. Hibanya hati. Ditinggal di tempat asing jauh di atas bukit. Namun, bila sahabat-sahabat lain yang dihantar ke sabah dan sarawak menyapa saya, masyaAllah malunya saya. Mereka lagi jauh dan bertambah-tambah kesukaran jika nak dibandingkan dengan saya. Bak kata suami, sabar itu manis.

16 hb kami berdua bertolak ke PSPN Pahang untuk menerima surat pelantikan ditemani oleh rakan makcik. Kami tiba di sana dengan hati yang berbaur. Lebih kurang pukul 11 pagi kami menerima surat tersebut. Alangkah terkejutnya kala kami membuka sampul surat tersebut. Saya ditempatkan di SK Bukit Fraser, Raub manakala suami tercinta di SK RPS Terisu, Cameron Highland (JHEOA). Terkedu.

Barang-barang kelengkapan yang kami bawa semua kelengkapan bersama kerana kami menyangka dapat tinggal serumah. Perkara yang kami takuti bukan lagi angan-angan tapi realiti yang mesti ditempuhi. Kami cekalkan hati tebalkan muka pergi ke JPN Pahang sekadar untuk mencuba seandainya ada rezeki buat kami. Dilayan dengan perlian oleh pegawai tersebut sangat menjengkelkan hati. Membuatkan airmata saya sekali lagi tumpah. Ya Allah, tunjukkan kami jalan yang benar.

Dengan hati yang pasrah, kami bertolak ke Raub ditemani tangisan yang tiada henti. Semangat saya luntur hingga tidak mampu mendengar suara ibu tersayang. Hanya mesej yang menjadi penghubung kami. Kami berdua mula membina kekuatan. Saling memberi perangsang.

~bersambung

Pesanan MS: Allahul musta'an..


Isnin, Januari 09, 2012

dunia aku kini...


بسم الله الرحمن الرحيم

Meniti hari demi hari tanpa muhasabah diri sangat merugikan. Hidup seolah-olah meneruskan sisa hidup yang diberi tanpa rasa kehambaan. Lebih-lebih lagi dengan kondisi sekarang yang setia menunggu di mana ditempatkan sebagai guru nanti. Pendek kata, hidup sekarang seperti seorang raja yang berkuasa. Oh!

Astaghfirullah al-aziim.. Astaghfirullah al-aziim.. Astaghfirullah al-aziim..

Ampunkan dosa-dosaku ya Allah. Membuang masa begitu saja. Rutin hidupku semakin berubah semenjak bergelar isteri. Berkongsi dengan si dia tentang segala-galanya. *clap-clap*. Alhamdulillah atas nikmat yang dikurniakan.

Dan isnin ini pula,aku akan melalui satu fasa baru dalam kehidupanku. Bergelar seorang guru insyaAllah..

· Bercerita lebih lanjut insyaAllah..


Rabu, Ogos 17, 2011

NILAIAN MANUSIA

,


بسم الله الرحمن الرحيم

3 fasa praktikum ditambah sekali internship membuatkan saya hanya mampu tersenyum dengan nilaian manusia. Walaupun manusia merupakan orang yang kerap berbicara tentang adil tapi tak semestinya mereka yang paling arif tentang pengertian adil.

Setiap kali praktikum, pasti hadir rasa resah dan gelisah terutama waktu diobserve. Hoho. Bersengkang mata. Berhabis duit. Hanya semata-mata untuk memastikan pengajaran yang dirancangkan benar-benar berkualiti. bermanfaat untuk murid. Mencapai objektif yang disasarkan.




teman praktikum diraikan dalam majlis perpisahan




berdebar menantikan keputusan dari guru pembimbing dan juga pensyarah yang menyelia. Pernah satu ketika, saya diminta oleh seorang teman untuk menemaninya berjumpa seorang pensyarah. dipendekkan cerita, pensyarah tersebut meminta bantuan untuk menyalin semula markah penyeliaan seorang guru pelatih. Betapa saya pilu apabila melihat sesenang dan semudah itu markah diberikan. seolah-olah tidak menilai !


ya, saya yakin dan pasti tidak semua pensyarah begitu. masih ramai yang jujur dalam menilai. Tetapi sekadar peringatan buat diri, semoga dijauhi dari sifat ini ya Allah.. bantulah kami untuk memberikan hak kepada setiap yang berhak..

justeru, usah kamu sedih dan gusar dengan nilaian manusia. Yang penting, terus maju memecut laju menambah merebut pahala di bulan yang mulia ini. *senyum*

Firman Allah:

139. Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa Yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang Yang tertinggi (mengatasi musuh Dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang Yang (sungguh-sungguh) beriman. [ali imran:139]




pesanan MS: buat segala-galanya kerana Allah. ^_^


Selasa, Ogos 16, 2011

dunia yang dikejar



بسم الله الرحمن الرحيم

di suatu hari yang tenang, aku berkesempatan menemani satu-satunya abang kandung yang kumiliki membeli sedikit barangan bersama ayah dan ibuku. Sepanjang perjalanan tidak henti tanpa celoteh daripada ayah dan abangku.

Apa yang tertarik dalam perbualan tersebut ialah apabila abangku hanya diam tanpa bicara seolah-olah khusyuk meneliti tutur bicara dari ayahku. Kata ayahku:

Dunia ni adalah fatamorgana. impian kita tidak pernah habis. tidak berpenghujung. Cuba tengok jalan raya waktu panas terik, kita nampak seperti ada garisan air di hadapan sana. Namun, apabila kita tiba di destinasi tersebut langsung tiada apa-apa walau setitis air. Itulah umpama kehidupan. kita mengejar kehidupan seumpama ada sinar bahagia di hadapan. apabila kita dapat apa yang dikejar, tiada apa pun selain kepuasan yang bersifat sementara. dan kita terus mengejar perkara di hadapan tanpa lelah.

terdiam.

inikah kehidupan yang kuimpikan?



pesanan MS: sama-sama muhasabah tujuan hidup..








keTAKUTan

assalamu'alaikum wbt..


~cafe~

jumpe kawan, borak-borak sikit.

~bilik~

kawan-kawan datang, borak-borak jugak.

~surau~

dah selesai mengaji, borak jugak.


borak borak borak borak borak



bile selalu borak ni, banyak salah kan kan.. apa yang tak nak cerita, TERcerita.. yang nak rahsiakan, TERbuka rahsia..

selalu timbul rasa takut untuk berjumpa orang ramai.. takut bile dah bercakap, tak ingat dah dosa pahala.. T_T

tapi satu keadaan yang GEMBIRA bila bercakap iaitu masa usrah.. ye, USRAH! sebab ramai yang tolong mengingatkan seandainya hampir-hampir terlajak. really miss dat moment! moga Allah rahmati kita semua.. insyaAllah..



pesanan MS: menggemari saat merintih mendambakan pertolongan dari Ilahi.. T_T






Jumaat, Mei 20, 2011

apa yang dimaksudkan dengan I.L.M.U?



Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu’alaikum wbt…

Kian rancak kini orang berbicara tentang ilmu. Satu perkembangan yang bagus aku kira. Namun dalam tidak disangka, terkadang kita sendiri diuji dengan ilmu yang kita ada. Kita berbicara seolah-olah HANYA kita yang faham.

Bukanlah aku ingin membenci sesiapa tetapi bersederhanalah wahai kita semua. Kerana kita ini manusia biasa sahaja. Sama juga dengan manusia yang lain. Yang beza di sisi Allah ialah TAQWA. Jika Nampak sahabat kita melakukan maksiat, tegurlah bilhikmah. islam cukup indah sahabat. Disertakan sekali bagaimana tatacara membuat teguran.


besday adik usrah ^_^


Oh panjang sudah meleret. Apa yang ingin aku nyatakan sebenarnya, tentang kepentingan ilmu. Mengapa ilmu ni sangat penting dalam kehidupan. Terutama dalam bab ibadah. Sangat berkait [berkait ea?macam something wrong je ayat ni] ilmu dengan agama. Kalau main buat je jadi muqallid payah juga.

Contohnya kan kita belajar tahsin al-Quran. Tok guru cakap, dengung sikit lagi. Panjang tu tak cukup dan lain-lain. Kita yang duk baca ni rasa bukan main dah baca. Tapi ada je yang tak kena. Kena ulang sampai tok guru berpuas hati. Bila tok guru tanya, awak nampak tak beza apa yang awak baca yang ni dengan bacaan yang tadi. Sepantas kilat, jawab TAK! Sebab apa kita tak nampak beza agak-agak? Sebab….

Ya… sebab kita tak punya cukup ilmu. Tok guru sekali dengar je dah tau dengung tak cukup harakat. Macam la jugak kita masak. Ikut resipi sebiji seketul. Tapi tak sesedap pemberi resipi yang wat!

So?

So disinilah terletak peranan ilmu. Kena sentiasa cari ilmu. Jangan nak harap ilmu yang disuap je. Tak cukup ye adik-adik. Tak cukup. Matematik pun ada sifirnya. Inikan pula benda paling penting dalam hidup iaitu S.O.L.A.T. kalau main bedal sesuka hati, mewarisi apa yang dilakukan dari kecil habislah. Apa yang kurang jelas, terus bertanya pada yang pakar.

bila dah beramal dengan ilmu yang jelas, barulah kita faham apa yang kita wat. insyaAllah semakin kurang la budaya jahil menjahil sesama sendiri. kumpulan ni cakap kumpulan sana bid'ah. kumpulan sana cakap kumpulan sini perasan berilmu tapi tak kaji lagi hadis-hadis lain dan sebagainya. macam berbelit apa yang aku cuba cakap ni, tapi dapat satu point ni je tak pe dah.

CARI ILMU.. ILMU.. ILMU...


Pesanan MS: dalam beramal, carilah ilmu..