Saat melihat air mata suami bergenang, empangan saya pecah. Airmata yang ditahan-tahan tumpah jua. Allahu akbar. Sedih. Hibanya hati. Ditinggal di tempat asing jauh di atas bukit. Namun, bila sahabat-sahabat lain yang dihantar ke sabah dan sarawak menyapa saya, masyaAllah malunya saya. Mereka lagi jauh dan bertambah-tambah kesukaran jika nak dibandingkan dengan saya. Bak kata suami, sabar itu manis.
16 hb kami berdua bertolak ke PSPN Pahang untuk menerima surat pelantikan ditemani oleh rakan makcik. Kami tiba di sana dengan hati yang berbaur. Lebih kurang pukul 11 pagi kami menerima surat tersebut. Alangkah terkejutnya kala kami membuka sampul surat tersebut. Saya ditempatkan di SK Bukit Fraser, Raub manakala suami tercinta di SK RPS Terisu, Cameron Highland (JHEOA). Terkedu.
Barang-barang kelengkapan yang kami bawa semua kelengkapan bersama kerana kami menyangka dapat tinggal serumah. Perkara yang kami takuti bukan lagi angan-angan tapi realiti yang mesti ditempuhi. Kami cekalkan hati tebalkan muka pergi ke JPN Pahang sekadar untuk mencuba seandainya ada rezeki buat kami. Dilayan dengan perlian oleh pegawai tersebut sangat menjengkelkan hati. Membuatkan airmata saya sekali lagi tumpah. Ya Allah, tunjukkan kami jalan yang benar.
Dengan hati yang pasrah, kami bertolak ke Raub ditemani tangisan yang tiada henti. Semangat saya luntur hingga tidak mampu mendengar suara ibu tersayang. Hanya mesej yang menjadi penghubung kami. Kami berdua mula membina kekuatan. Saling memberi perangsang.
1 comments:
kak,,,,sabarlah dan kuatkan kesabaran,,,tabah dan kuatkan ketabahan (kata-kata diucapkan tdk sama dgn realiti y kak rasa kan..) insyaALLAH kak n ust mampu harungi semua ni, dgn Ilmu dan akal y terbatas sebagai manusia, sering kita sukar memahami ap y ALLAH nak tunjukkan sehinggalah suatu saat kita benar2 bersyukur tatkala ALLAH tunjukkan hikmah tu buat kita..
Anis doakan kak sokmo!
Catat Ulasan