بسم الله الرحمن الرحيم
3 fasa praktikum ditambah sekali internship membuatkan saya hanya mampu tersenyum dengan nilaian manusia. Walaupun manusia merupakan orang yang kerap berbicara tentang adil tapi tak semestinya mereka yang paling arif tentang pengertian adil.
Setiap kali praktikum, pasti hadir rasa resah dan gelisah terutama waktu diobserve. Hoho. Bersengkang mata. Berhabis duit. Hanya semata-mata untuk memastikan pengajaran yang dirancangkan benar-benar berkualiti. bermanfaat untuk murid. Mencapai objektif yang disasarkan.
berdebar menantikan keputusan dari guru pembimbing dan juga pensyarah yang menyelia. Pernah satu ketika, saya diminta oleh seorang teman untuk menemaninya berjumpa seorang pensyarah. dipendekkan cerita, pensyarah tersebut meminta bantuan untuk menyalin semula markah penyeliaan seorang guru pelatih. Betapa saya pilu apabila melihat sesenang dan semudah itu markah diberikan. seolah-olah tidak menilai !
ya, saya yakin dan pasti tidak semua pensyarah begitu. masih ramai yang jujur dalam menilai. Tetapi sekadar peringatan buat diri, semoga dijauhi dari sifat ini ya Allah.. bantulah kami untuk memberikan hak kepada setiap yang berhak..
justeru, usah kamu sedih dan gusar dengan nilaian manusia. Yang penting, terus maju memecut laju menambah merebut pahala di bulan yang mulia ini. *senyum*
Firman Allah:
139. Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa Yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang Yang tertinggi (mengatasi musuh Dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang Yang (sungguh-sungguh) beriman. [ali imran:139]
pesanan MS: buat segala-galanya kerana Allah. ^_^
3 comments:
sungguh menyedarkan diri ini.. suke post ni..
Nilaian manusia itu terkadang2 dipengaruhi oleh emosi dan pelbagai perkara sehingga ketidakadilan berlaku...
Cukuplah Allah sebagai sebaik-baik penilai.. (",)
anak bapak: ^_^
akh fuad:btul2..jzakallahu khair atas komen..
Catat Ulasan