nuffnang

Jumaat, Mei 20, 2011

menulis untuk diri



Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamu’alaikum wbt..

“perlu ke utagha untuk menyelaraskan beberapa perkara”. Iye? Hmm.. setelah berfikir beberapa tika, insyaAllah pergi.

Walaupun dalam kesuntukan masa, mengejar tarikh itu dan ini, dia masih sudi menghulurkan bantuan menemani diri ini. Allahu Allah. Terima kasih teman. Tiba di sana, jiwa seumpama segar walau perjalanan agak panjaaaaaang.

Kerana itu pentingnya MEMPERBAHARUI NIAT. Niatlah semata-mata untuk mencari keredhaan Allah. insyaAllah pasti akan ada keajaibannya. ^_^ tiba-tiba diri disapa oleh seorang ukhti yang tersangat disayangi. Sebelum berpisah, sempat dia menghulurkan sebuah buku yang dibacanya! Dan aku pula terus tersenyum [manis] saat menatap buku tersebut. Mau tahu buku yang dihadiahkan? Jeng jeng jeng….@_@














Woha!! Dapat-dapat buku,macam biasa terus serang isi kandungan. Antara ayat yang menarik ialah: elakkan fakir.. dikhuatiri engkau kufur..

Tiba-tiba terus berdoa.

‘Allahuma sa’khirli zaujan solihan yakhtibuni wayatazauwajubi wayakunu sahibanli fidunya waljannah’ (Ya Allah Ya Tuhanku, kurniakanlah aku suami yang soleh, dia meminangku dan mengahwiniku serta jadikanlah dia sahabatku di dunia dan di syurga…Amin yarabbal’alamin.


‘Bismillahirrahmanirrahim… Ya ALLAH, kurniakan aku seorang ar rijal yang amat mencintai dan menyayangi daku sepenuh hatinya semata-mata keranaMU... ar rijal yang ikhlas, setia dan jujur kepadaku… yang boleh menerima segala kekurangan yang ada padaku…ar rijal yang baik tingkahlaku dan akhlaknya… kurniakanlah aku seorang ar rijal yang soleh dan beriman, kurniakanlah aku ar rijal yang amat penyayang, pengasih kepadaku, keluarganya dan keluargaku…kurniakanlah segala impian dan harapanku ini untuk memiliki ar rijal yang baik. Berikanlah aku yang terbaik Ya ALLAH…Amin ya’rabbal A’lamin…’

Pesanan MS: selamat berbaitul muslim..^_^

0 comments: