nuffnang

Selasa, Disember 14, 2010

RINDU

بسم الله الرحمن الرحيم



credit to google



saban hari ada sahaja mesej daripada mereka walau hanya sekadar bertanyakan khabar.. Allahu Allah.. mengenali mereka satu anugerah buatku.

teringat dua bulan aku di situ....

pertama kali aku dikelilingi murid-murid di pedalaman. bukan bermakna aku ni budak kota. aku jua budak kampung. tapi aku tidak dikelilingi mereka yang masih hidup berbekalkan air bukit.

ini pengalaman pertama ku..

pada awalnya, aku sendiri bimbang kerana biasanya kanak-kanak di kampung tersangatlah lasak. tapi mereka berjaya membuka persepsi baru dalam hidupku. pelbagai pengalaman dapat kuraih di situ...

mereka peramah. tersangat. namun, setiap hari aku perlu pelbagaikan cara untuk menarik tumpuan mereka. jujurnya, persekolahan bukan perkara yang penting dalam hidup mereka.

kehadiran ke sekolah pun tidak diambil berat apa lagi untuk menyiapkan kerja rumah. jadi, aku kira pendekatan yang disyorkan oleh kerajaan yang termaktub di dalam buku teks mestilah bergantung kepada situasi dan kondisi murid itu sendiri. semestinya bergantung kepada kekreatifan seorang guru.

mana mungkin aku meneruskan sukatan tetapi realitinya mereka masih BELUM menguasai isi pelajaran terdahulu. dua bulan aku bersama mereka, ALHAMDULILLAH aku nampak perubahan dalam diri mereka.

antaranya:

bertudung ke sekolah

lafaz syukur ke hadrat Ilahi kerana mereka semakin manis bertudung ke kelas. aku hanya perlu memberitahu mengapa kita diwajibkan memakai tudung. hanya itu yang membuatkan mereka nekad memakai tudung.

sebab mereka orang kampung.yang tidak terdedah dengan budaya ilmu. rata-rata di kalangan mereka menjawab kami masih kecil kala aku bertanya kenapa tidak memakai tudung (mereka dapat jawapan dari ibu bapa mereka sendiri a.k.a didikan yang diberikan). oh ya mereka berumur 9 tahun..

menunaikan solat

sangat sedih bila mana aku ajukan soalan waktu solat. dengan laras bahasa yang sangat mudah kukira; pagi-pagi kita solat apa ya? serius mereka tak dapat jawab. main teka-teka je. tapi tak semua la begitu. tak sampai lima orang yang tahu dan memang solat di rumah..yang lain --tak tahu--- T_T

sampai sini dulu la..

apa yang saya cuba gariskan kat sini ialah bergelar guru bukan hanya kamu memberitahu apa yang terkandung di dalam sukatan tetapi bawalah jua jiwa mereka mengenali Pencipta kita dan hakikat kehidupan. tidak kira kamu guru agama, bahasa inggeris, matematik mahupun pendidikan jasmani. [tak nak tulis semua ^_~]


pesanan MS: kita semua adalah daie!!


0 comments: