nuffnang

Sabtu, Januari 02, 2010

TIPS MENGHARGAI KEKASIH


بسم الله الرحمن الرحيم

Setiap di kalangan kita pasti mempunyai kekasih. Jika tidak sekalipun pasti punya impian untuk mencari kekasih dan menjadi kekasih.


Namun, ramai yang tidak menyedari betapa penting meluangkan masa bersama yang tersayang. Ramai yang mengambil mudah. Ada yang luangkan banyaaaaak masa tapi tak terkesan di hati mereka. Tak terkesan di sini membawa maksud tidak bertambah rasa sayang mereka bahkan kadang-kadang merasa jemu pula untuk bertemu lagi. Masya Allah..


Segelintir pula ada yang tahu dan sedar dia punya kekasih, tapi dibiarkan begitu sahaja. Saat susah, baru terhegeh-hegeh menghadap muka sang kekasih meminta bantuan. Ada yang lagi teruk, saat susah ke senang ke langsung tidak terasa untuk melihat kekasih apatah lagi untuk berkongsi rasa bersama kekasih. Nama je kekasih..


Justeru, bermula dari detik ini, bersama kita amalkan tips-tips di bawah untuk membantu kita menghargai kekasih walaupun cuma meluangkan sedikit masa. Maklum sahaja, kita banyak komitmen lain bukan. (banyakla sangat).


1. Berusaha untuk berdampingan dengan si dia. Cari waktu untuk ‘dating’. Lepas subuh atau maghrib waktu paling sesuai. (lagi kerap lagi bagus)


2. Saat bertemu, lupakan perkara lain seperti bisnes, kawan-kawan di alam maya, Farmville atau apa sahaja.


3. Dengar dengan teliti setiap butir bicaranya. Nilai dengan mata hati. Renungkan kata-katanya. Buang rasa egoismu,


4. Bawanya ke mana sahaja. Percayalah, ‘si dia’ mampu menjadi penyelamat kamu.


5. Persiapkan diri dengan ilmu supaya perjumpaan kamu berkualiti.

# mungkin tips di atas tidak tersusun atau banyak kelemahan. Saya juga insan biasa Cuma kita sebagai manusia saling memberi dan berkongsi. ^_~.. *teruskan*

**********************

Siapa kekasih kita? *renungkan*


Lelaki/perempuan ajnabi?

Sanggup menyerahkan segalanya demi membuktikan rasa cinta kamu pada si dia. Maaf ye, nasihat di atas langsung TIDAK SESUAI untuk golongan kamu.


Harta?anak-anak?

Semua itu adalah perhiasan dunia semata-mata saudaraku. Jangan kita berbangga dengan sesuatu yang boleh menyesatkan kita. Lihat sahaja contoh kisah QARUN. Dilimpahi harta yang tidak terjangkau namun itu semua istidraj (kelebihan/ kenikmatan yang Allah kurniakan hanya untuk menambahkan kesesatan). Nauzubillah.

Apa yang saya maksudkan di sini ialah


>>>>>>>



>>>>>>


Ya! AL-QURAN AL KARIM……


selama ini diriku menganggap membaca kitab mulia itu sebagai kemestian seorang muslim. Ada kalanya membebankan diriku. (kala malas datang menjengah).


Tapi, hatiku lunak setelah 4 tahun berkelana di bumi itu. Ya! Jadikan al-QURAN itu sebagai kekasih. Supaya tidak boring membacanya (kuasa SAYANG mampu melakukan apa sahaja). Tidak malu membawa ‘si dia’ ke mana sahaja. Menjadi benteng untuk kita melakukan kemungkaran. insyaAllah..


pesanan MS: jadikan Al-Quran teman sejati


1 comments:

~PakKaramu~ berkata...

Pak Karamu menziarahi anda